Panduan Untuk Pembeli Rumah Pertama Malaysia

Ramai yang mempersoalkan bagaiman cara atau tips beli rumah pertama dengan kadar pinjaman yang rendah. Ada juga yang tertanya-tanya bagaimana cara kira loan rumah dan cara mengira kelayakkan pinjaman perumahan. Patutkah menggunakan pinjaman peribadi atau terus menyewa rumah, sering menjadi satu isu yang sering didebatkan. Semua itu sebenarnya tidak mustahil walaupun bergaji rendah dan memiliki kewangan yang terhad. Sebenarnya kita juga boleh melabur dalam bidang hartanah. Yang penting sekali, anda haruslah bijak mencari strategi dan rajinkan diri untuk mencari ilmu serta mengkaji cara, panduan dan tips beli rumah pertama dan hartanah. Untuk mereka yang ingin belajar seperti golongan muda yang belum mempunyai pengalaman dan pegetahuan bab-bab hartanah, anda disarankan membaca dan membuat kajian tentang hal ehwal hartanah sebelum membelinya.

Panduan Membeli Rumah Pertama

Ada orang kata susahnya untuk beli rumah tetapi pelik tak kenapa masih ada orang boleh beli banyak rumah sedangkan gaji anda dengan mereka sama sahaja? Secara amnya, panduannya sangat mudah. Mereka tahu apa yang bank suka, jenis rumah yang berguna dengan strategi yang ada. Mereka ada ilmu. Marilah selongkarkan rahsia dan belarkar bersama-sama tentant ilmi-ilmu tersebut. But ikut langkah-langkah ini dan elakkan menggunakan jalan pintas! Berikut adalah langkah-langkah persiapan awal sebelum membeli rumah pertama

1. Pilih Lokasi Yang Sesuai

Salah satu soalan utama yang perlu ditanya kepada diri sendiri ialah di mana lokasi hartanh yang ingin debeli. Persoalan ini akan menjadi berbeza bergantung kepada jenis pembeli tersebut. Jika pembeli tersebut adalah atas tujuan untuk duduk sendiri, maka persoalan yang akan dipenuhi selalunya, jarak kedai dengan rumah dan kemudahan-kemudahan yang disediakan berhampiran lokasi rumah.

pinjaman perumahan swasta

2. Pilih Rumah Ikut Kemampuan

Sememangnya hajat dan cita-cita setiap individu kita inginkan sebuah rumah banglo dengan tanah yang luas atau parking yang banyak. Namun, tidak semua yang kita hajatkan dalam hidup ini tidak boleh dicapai dengan mudah. Jadi, sebagai panduan, tentukan jenis rumah yang sesuai dengan kapasiti pembelian kita. Jika anda ingin menjimatkan kos, anda juga boleh memohon skim yang disyorkan oleh pihak kerajaan untik memiliki rumah mampu milik.

3. Semak Kelayakan Pinjaman

Berkait rapat dengan kemampuan membeli hartanah, anda boleh semak kelayakkan pinjaman dengan mudah. Anda juga dapat bertanya dengan pegawai bank tentang sebanyak mana pinjaman islamik yang boleh anda perolehi. Selain itu, anda juga boleh bertanyakan soalan bagaimana cara untuk mengira dengan meggunakan kalkulator loan rumah. Antara soalan yang sering ditanya ialah pendapatan dan komitment bulanan.

4. Tetapkan Objektif Pembelian Rumah

Ini berkaitan rapat dengan objektif memilih lokasi satu hartanah tersebut. Segmen utama pembeli hartanah ialah samada pembeli merupakan seorang pelabur atau duduk sendiri. Maka, pastikan matlamat membeli hartanah anda itu jelas.

5. Pakej Pembelian Rumah Pertama

Salah satu pakej yang boleh anda bertimbangkan ialah KWSP. Jika anda tidak tahu, sebenarnya anda boleh mengeluarkan jumlah tertentu dari KWSP untuk membeli rumah anda. Tetapi ada juga syaratnya, klik sini untuk mengetahui apakah syarat pengeluaran kwsp untuk beli rumah.

Selain itu, terdapat banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh pihak bank dan kerajaan kepada pembeli rumah. Sebagai contoh, Bank Simpanan Nasional BSN ada menawarkan kadar pinjaman 100% kepada pembeli rumah pertama. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan anda untuk tidak perlu menyediakan deposit 10% dalam membeli rumah. Kerajaan juga ada menyediakan insentif dan perkenalkan produk polisi yang membantu pembeli rumah pertama. Sebagai contoh PR1MA, disasarkan kepada pembeli rumah pertama. Ketahui pakej dan keistimewaan yang disediakan kepada anda sebagai pembeli rumah pertama.

pinjaman perumahan kerajaan

 

6. Prosedur Beli Rumah

Ini merupakan hal yang sangat penting untuk anda ketahui secara asas proses yang terlibat dari mula anda membayar deposit sebagai tanda jadi beli. Seterusnya, terdapat beberapa proses yang akan terlibat dalam pembelian hartanah yang akan dilalui bergantung kepada jenis dokumen hak milik dan jenis pegangan hartanah tersebut.

pinjaman islamik